Keputusan muktamad - DS Isa Samad telah memenangi dengan majoriti undi yang amat besar. Terbukti, pilihan UMNO untuk meletakkan DS Isa Samad adalah satu tindakan yang amat berkesan. Perlu juga diterima hakikat bahawa MIC dan MCA bagaikan telah tersedar dari lamunan yang panjang. Penubuhan dan penerimaan Makkal Sakhti memberikan tenaga baru kepada parti komponen yang lain. Justeru itu kemenangan DS Isa Samad bukan sahaja kemenangan peribadi beliau tetapi juga kemenangan pemimpin-pemimpin lain yang telah merestui pencalonan beliau di Bagan Pinang.
Kemenangan ini juga menunjukkan bahawa pemimpin yang mempunyai personaliti yang baik dan juga banyak berjasa kepada rakyat tidak perlu menabur janji seperti "memetik bintang di langit", cukup lah apabila rakyat sendiri meyakini kebolehan pemimpin tersebut.
Natijahnya, pemilihan calon adalah berdasarkan personaliti dan juga jasa-jasa calon tersebut. Calon yang mendapat restu umum berpeluang besar memenangi pilihanraya. Isu rasuah ? - calon yang telah dihukum diterima kembali di dalam masyarakat. Sedangkan Nabi tidak susahkan umat, inikan pula kita sesama manusia.